Followers

Monday, August 2, 2010

| Paintball @ Shah Alam |

Tarikh : 31 Julai 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Tour Bunkers, Shah Alam

Salam 1Malaysia untuk semua,

Pada hari Sabtu yang lepas, kami warga TMS telah berkumpul di Tour Bunkers, Shah Alam untuk menjalani latihan menembak. Opppss, ini bukan latihan menembak pistol atau M16 kegunaan tentera ye.. Ini hanyalah aktiviti yang dipanggil 'Paintball'. Ia sejenis sukan tembak menembak.

Aktiviti Paintball ini telah dikendalikan oleh krew2 dari Tour Bunkers dan diuruskan oleh hotstaff TMS. Sememangnya sukan ini membuatkan sesiapa yang bermainnya akan merasa teruja dan seronok.

Sedikit sejarah berkenaan sukan paintball ini..

"Paintball telah diperkenalkan dua puluh dua tahun yang lalu di Amerika Syarikat sebagai National Survival Games (NSG). Pada waktu itu, permainan Paintball lebih cenderung kepada simulasi peperangan denga ciri-ciri ketenteraan seperti pakaian celoreng, taktik dan terminologi ketenteraan dan juga penggunaan ‘Paint Marker’ yang mirip seperti senjata api.
Paintball kini berubah wajah, dari hutan ke stadium, dari terminology ketenteraan ke terminologi kesukanan, dari celoreng ke jersi dan dari simulasi peperangan ke pertandingan sukan. Paintball kini dikenali sebagai SUKAN PAINTBALL.
SUKAN PAINTBALL merupakan sukan ‘outdoor’ yang paling pesat berkembang serta mendapat tarikan yang hebat daripada peminat sukan ekstrim, di mana pada masa ini, ia meraih tempat ketiga sukan ekstrim paling popular di Eropah dan Amerika Syarikat menurut National Sporting Goods Association (NSGA) dan National Professional Paintball League (NPPL).

Sukan paintball ini terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu Sukan, Rekreasi dan Latihan."

:: Info daripada Paintball Event Management.

Keputusan perlawanan paintball antara kumpulan.

1. Survivor
2. Red Devils
3. Ayam Percik
4. Black Sheep

Ini antara gambar yang sempat diambil semasa aktiviti paintball dijalankan.